Kerja Kosong Perbadanan Stadium Malaysia

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Perbadanan Stadium Malaysia seperti berikut:-

1. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
2. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)
3. JURUTEKNIK

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

-Semua Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan kad pengenalan, salinan sijil kelahiran, salinan sijil-sijil persekolahan, salinan kursus/aktiviti yang pernah disertai yang telah disahkan dan sekeping gambar berukuran pasport.

-Permohonan dari pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam,badan berkanun,penguasa tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing. Sila pastikan salinan kenyataan perkhidmatan dikemaskini/laporan penilaian prestasi tahunan terkini disertakan bersama.

-Borang permohonan yang tidak lengkap akan ditolak. Pemohon-pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Permohonan tuan/puan dianggap gagal sekiranya tidak mendapat sebarang jawapan/maklumbalas dari tempoh enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup.

Borang yang telah lengkap hendaklah ditulis nama jawatan di sebelah kiri atas sampul surat dan dikirim kepada :-

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
PERBADANAN STADIUM MALAYSIA
Aras 1, Stadium NasionalKompleks Sukan Negara Bukit Jalil
57700 Sri Petaling, Kuala Lumpur
Sebarang pertanyaan sila hubungi Penolong Pengurus Sumber Manusia ditalian  03-8992 0803 

Tarikh Tutup Permohonan:- 24 Jun 2013