Kerja Kosong Penolong pengurus

Jawatan : PENOLONG PENGURUS
Kekosongan : 1 Kekosongan (Lelaki sahaja)
Taraf Jawatan : Tetap, setelah berjaya melepasi tempoh percubaan yang ditetapkan.
Tahap Keperluan: SEGERA
Tempat Bertugas: Di Wisma CIC, Lot 624, Guchil 6, 18000 Kuala Krai, Kelantan.
SYARAT LANTIKAN:-
1. Warganegara Malaysia dan beragama Islam
2. Berumur tidak kurang daripada 30 tahun pada tarikh tutup iklan.
3. Mempunyai sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang Pengurusan, Pentadbiran Perniagaan, Pemasaran atau yang setaraf dengannya daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
4. Mempunyai lesen memandu
5. Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan berpewatakan menarik.
6. Mempunyai latar belakang pendidikan agama Islam yang baik.
7. Mempunyai minat yang mendalam dan bercita-cita tinggi untuk berjaya di dalam bidang yang diceburi.
8. Mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman di dalam bidang perniagaan meliputi pengurusan, pemasaran dan jualan.

Calon-calon yang mempunyai kriteria berikut akan diberi keutamaan:-
1. Mempunyai kenderaan sendiri
2. Sanggup bekerja lebih hari dan masa
3. Bersedia bertugas di luar kawasan
4. Mempunyai tahap iman, akhlak dan disiplin yang tinggi.
Kemudahan Tambahan: Tempat tinggal dan makanan percuma turut disediakan kepada calon yang layak.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB – Secara amnya tugas dan tanggungjawab adalah berkaitan bisnes keseluruhannya iaitu merancang, melaksanan, merekod termasuk perakaunan. Perincian tugas dan tanggungjawab akan dijelaskan semasa temuduga.

Bagi calon-calon yang berminat, resume dan salinan sijil-sijil yang berkaitan hendaklah dihantar ke alamat berikut:-
Pejabat Urusan Kumpulan CT-ONE, 38-1 Jalan Wangsa Delima 2A, Seksyen 5, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Jurita di talian 03-4142 7460 atau
e-mel: [email protected]

Tarikh Tutup Iklan: 31 JULAI 2014

Job Info:

  • Salary: Negotiable
  • Job Type: Executive
  • Experience Level: 1-3 years
  • Category: Sales | Marketing/PR/Designers
  • Job Location: Kelantan (Kuala Kerai)
  • Application Deadline: 31 Jul 2014
  • Email Address to Receive Resumes: [email protected]