Kerja Kosong Pelatih Interior Designer

Kami sedang mencari “Pelatih” baru bagi jawatan interior designer di syarikat kami.
Sila fahami betul-betul maklumat dibawah dan jika ada sebarang kemusykilan boleh ajukan pertanyaan anda melalui email: rahimanimeyahoo.com.
Kelayakan bagi pemohon:
-Terbuka hanya kepada lelaki berumur 21-30 tahun.
-Mempunyai kebolehan dalam mengukur dan melukis.
-Berpengetahuan dan mahir menggunakan komputer.
-Mempunyai keinginan untuk belajar dan bekerja dalam bidang rekabentuk berkomputer terutama kabinet dapur.
-Mempunyai mempunyai kefahaman asas dalam menggunakan sketchup adalah satu kelebihan.
-Fresh graduate di galakkan untuk memohon.

Ciri-ciri yang perlu ada pada pemohon:
-Menjaga solat 5 waktu.
-Berdisiplin, amanah dan cergas dalam melaksanakan tugasan.
-Boleh bekerja 6 hari seminggu (Ahad-Khamis).

Maklumat didalam resume yang tidak memenuhi syarat di bawah tidak akan dilayan. Maklumat yang perlu ada adalah seperti berikut:
-Gambar terkini.
-Latarbelakang pendidikan:
1. Keputusan peperiksaan
2. Tahun mula dan tamat pengajian.
-Pengalaman bekerja sebelum ini (jika ada):
1. Nama syarikat tempat bekerja sebelum ini.
2. Bidang perniagaan syarikat secara ringkas.
3. Penerangan ringkas tugas yang dibuat dalam syarikat.
4. Gaji yang diperolehi.
5. Tarikh mula dan tamat bekerja (nyatakan sebab berhenti).
6. Alamat lengkap syarikat.
7. Contact person majikan (nama & no tel)
-Sertakan sampel lakaran kabinet dapur dalam bentuk ukuran hasil lakaran tangan sendiri.
-Nyatakan kenapa anda patut diambil bekerja oleh pihak kami.
-Gaji yang dipohon semasa menjadi “Pelatih”.

Emailkan resume anda di email: [email protected]

Job Info:

  • Salary: Negotiable
  • Job Type: Non-Executive
  • Experience Level: < 1 year
  • Category: Marketing/PR/Designers
  • Job Location: Kelantan (Kota Bharu)
  • Application Deadline: 12 Jul 2014
  • Email Address to Receive Resumes: [email protected]