Kerja Kosong Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD)

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) seperti berikut:-

1. Penolong Pegawai Penilaian Gred W27 (Tetap)

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
Dan borang permohonan

-Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan salinan maklumat-maklumat yang DIAKUI SAH oleh Pegawai Kerajaan Gred A (Gred 41 dan ke atas)/ Penghulu/Pengerusi/JKKK.
-Permohonan daripada pegawai-pegawai yang berkhidmat dengan kerajaan / Badan Berkanun / Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing dan menyertakan bersama-sama dengan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Prestasi Tahunan 3 tahun terkini.
-Nama jawatan hendaklah ditulis di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah :-

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Port Dickson
KM 1, Jalan Pantai
71009 Port Dickson
(u.p : Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia)

Tarikh Tutup Permohonan:- 22 Julai 2013