Jawatan Kosong (PSH) Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah

Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan Pekerja Sambilan Harian (PSH)

Kelayakan Akademik Pemohon
Pemohon yang telah menamatkan pengajian pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia dan Diploma dalam bidang komunikasi, Pengurusan dan Teknologi Pejabat, Teknologi Maklumat adalah diutamakan untuk memohon. Manakala bagi lain-lain bidang adalah digalakkan.

Tempoh Perkhidmatan
Tempoh minimum perkhidmatan yang ditawarkan adalah tidak melebihi tiga
(3) bulan.

Penempatan
Penempatan tempat bertugas di Bahagian/Unit di Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah.

Kadar Upah
PSH layak menerima kadar upah berdasarkan kelayakan akademik yang bersesuaian dengan jenis tugas yang akan dilaksanakan. Kadar upah adalah seperti berikut:

KELAYAKAN AKADEMIK UPAH (RM/SEHARI) 
 Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia/Diploma 72.00
 Sijil Pelajaran Malaysia 54.00

Prosedur Permohonan
Pemohon boleh mengemukakan permohonan yang lengkap secara pos atau melalui emel bagi tujuan rekod dan semakan. Dokumen yang diperlukan seperti berikut:
• Resume terkini beserta gambar passport;
• Salinan Kad Pengenalan;
• Salinan Sijil Akademik; dan
• Sijil-sijil yang berkaitan

Tarikh Tutup Permohonan
Tarikh tutup permohonan adalah pada atau sebelum 17 September 2013
(Selasa) . Permohonan yang lewat diterima daripada tarikh yang dinyatakan tidak akan dipertimbangkan .

Temuduga
Hanya calon yang layak dan disenarai pendek sahaja ya ng akan dipanggil untuk ditemuduga. Permohonan adalah dianggap tidak berjaya sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh tutup permohonan.

Pegawai untuk dihubungi dan Alamat Pejabat

Sebarang pertanyaan boleh hubungi pegawai seperti berikut:
Nama Pegawai: Puan Nurulhanah binti Mohd Salim
No. Telefon: 088-488 881
Emel:  [email protected]

Nama Pegawai: Puan Nelly binti Anjum
No. Telefon: 088-488 881
Emel:  [email protected]

Permohonan boleh dihantar secara pos ke alamat berikut:
Setiausaha Persekutuan Sabah
Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah Aras 7, Blok A
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah
Jalan UMS
88400 Kota Kinabalu
SABAH
(u.p.: Bahagian Khidmat Pengurusan)