Jawatan Kosong Pengurus (Kewangan) Di KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mencari calon-calon yang berkelayakan, bermotivasi dan kompeten untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :

 

Pengurus – Kewangan

 

Tugas & Tanggungjawab:

•      Bertindak sebagai koordinator di antara semua jabatan di Bahagian Pelaburan yang menjalankan pelaburan global dengan kustodi KWSP dan agen cukai KWSP di luar Negara.

•      Memantau semakan ke atas ‘tax relief’, ‘withholding tax rate’ dan ‘double tax treaty’ di antara Malaysia dan luar negara di mana KWSP menerima pendapatan daripada pelaburan global.

•      Pemantauan cukai keatas pelaburan global KWSP bagi memastikan tahap kecekapan cukai KWSP berada pada tahap maksima dan memantau permohonan ‘tax refund’ / ‘reclaim’ dengan rapi.

•      Mengemaskini status kedudukan dan isu-isu cukai global kepada pihak pengurusan.

•      Menyemak dan memantau semua transaksi antara syarikat (intercompany transactions) yang melibatkan syarikat subsidiari dan syarikat bersekutu dengan KWSP sebaik sahaja urus niaga berlaku.

•      Memantau penyediaan Penyata Kewangan syarikat subsidiari dan syarikat bersekutu bagi penyediaan Penyata Kewangan Kumpulan KWSP.

•      Memantau polisi perakaunan yang diterimapakai oleh semua syarikat subsidiari KWSP adalah selaras dengan polisi perakaunan KWSP yang diluluskan oleh Lembaga.

•      Terlibat dalam pelaksanaan GST di KWSP apabila pelaksanaannya dikuatkuasakan.

 

Syarat Kelayakan

 

•      Warganegara Malaysia.

•      Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

•      Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan ATAU luar negara dalam bidang pengajian Perakaunan / Kewangan / Ekonomi / Perbankan atau bidang lain yang berkaitan. Calon-calon yang mempunyai kelayakan professional (ACCA / CPA / MIT) akan diberi keutamaan.

•      Lulus dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

•      Mempunyai sekurang-kurangnya 3 – 5 tahun pengalaman  dalam bidang yang berkaitan.

•      Mempunyai pengalaman dalam bidang audit percukaian.

•      Mempunyai kemahiran perakaunan dan analitikal yang baik.

•      Mempunyai interpersonal yang baik, termasuk kemahiran bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris dengan baik.

 

Prosedur Permohonan

Calon-calon yang berminat perlu mengemukakan permohonan dengan menyatakan jawatan yang dipohon bersama-sama dengan dokumen berikut :

 

•      Resume

•      Salinan Kad Pengenalan

•      Salinan Sijil Kelahiran

•      Salinan slip gaji terkini

•      Salinan Sijil PhD/Master/Ijazahsarjana Muda/Diploma/Matrikulasi/STPM/A-Level (yang mana berkaitan)

•      Salinan Transkrip PhD/Master/Ijazahsarjana Muda/Diploma/Matrikulasi/STPM/A-Level (yang mana berkaitan)

•      Salinan sijil SPM

•      Sijil-sijil ko-kurikulum

 

Tarikh Tutup Permohonan

Permohonan hendaklah dihantar ke [email protected] selewat-lewatnya pada 22 Ogos 2014.