Jawatan Kosong Guru Fizik Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak

Pusat Pendidikan Al Amin mengalu-alukan calon Guru Fizik yang berperibadi muslim/muslimah, berdedikasi dan komited untuk menjadi sebahagian dari warga kami.

Jawatan : Guru Fizik Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak – 1 kekosongan

Syarat Kelayakan:

  1. Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai (minimum) Ijazah berkaitan (untuk sekolah menengah), namun calon dari aliran lain yang bersedia untuk dilatih juga akan dipertimbangkan.
  2. Kemahiran berkomunikasi yang baik.
  3. Lelaki/ Perempuan dan tidak merokok.
  4. Berperibadi muslim/ muslimah.
  5. Warganegara Malaysia
  6. Memperolehi kredit dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diperingkat SPM/SPMV.
  7. Tarikh tutup permohonan sebelum atau pada 31hb Oktober 2013
  8. Borang permohonan yang diisi awal akan terus diproses untuk temuduga (jika berjaya disenarai pendek) dan diambil bekerja jika berjaya.

Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

Pengambilan untuk kemasukan Januari 2014.

Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga. Sekiranya tuan/puan tidak dihubungi selewat-lewatnya sebulan selepas tarikh tutup permohonan, sila anggap permohonan anda tidak berjaya.

Sila isi borang secara on line di bawah.

Antara faedah dan kelebihan yang PPAAB tawarkan adalah Ganjaran Persaraan, Subsidi Haji/Umrah, Elaun Perubatan, Sumbangan Hospitalisasi, Bonus Tahunan, Kenaikan Gaji Tahunan, Kemudahan Pinjaman Kakitangan Tanpa Faedah, Subsidi Sarapan/Makan Tengahari/Minum Petang dan lain-lain tertakluk kepada ‘Skim Perkhidmatan PPAA’.

Permohonan boleh dibuat secara online dengan klik di SINI