Jawatan Kosong Graphic Designer / Pereka Grafik

JOB DESCRIPTION
Mencari insan dengan bakat dan minat yang mendalam dalam dunia grafik dan percetakan bagi mengisi kekosongan jawatan pereka grafik utama untuk syarikat percetakan bumiputera.

Mencari calon (terutama buat lepasan universiti/institusi pengajian) bawah 25 tahun.
Tugasan utama (yang perlu dilaksanakan dan diajar) :

+ Kerja-kerja reka grafik berkaitan percetakan digital + offset dan pengiklanan menggunakan aplikasi software Adobe (Photoshop+Illustrator+Indesign)
+ Mengunakan mesin cetakan digital dan mesin-mesin finishing (pre & post press).
+ Ilmu-ilmu berkaitan material cetakan dan jenis-jenis kemasan.
+ Kira-kira harga jualan servis dan produk dan skil rundingan dengan pelanggan.

Kriteria calon yang dicari adalah seperti berikut:

+ Muslim, cerdas, cergas dan sihat tubuh badan
+ Berumur 25 tahun ke bawah, lepasan universiti digalakkan memohon.
+ BERTANGGUNGJAWAB, JUJUR & AMANAH
+ TIDAK MEROKOK / VAPE / HISAP GAM
+ Kebolehan melukis adalah BONUS
+ Mempunyai MINAT, PASSION, wawasan, cita-cita dan keinginan yang tinggi untuk menjadi pereka grafik yang cemerlang.
+ Mempunyai bakat, imaginasi, dan kreativiti yang menawan.
+ Mempunyai SIKAP positif dan disiplin serta dedikasi yang tinggi.
+ Berperwatakan menarik dan boleh bekerjasama dalam satu kumpulan.
+ Kental, mandiri dengan sifat inkuiri yang tinggi.
+ Berprinsip, kaliber dan berkarisma.
+ Suka mencari penyelesaian kepada masalah dan menjauhi diri daripada menjadi punca masalah.
+ Mempunyai kelulusan pendidikan sekurang-kurangnya diploma atau portfolio yang mantap.

Tempoh percubaan adalah selama tiga (3) bulan.

Gaji RM1800-RM2500

Kepada yang berminat boleh hantarkan resume/CV (.pdf) dan PORTFOLIO (.pdf) anda terus ke emel saya : [email protected]

Hanya mereka yang tersenarai pendek akan dihubungi melalui emel.
Sesungguhnya kesungguhan anda dinilai seawal dari emel yang pertama.

Selamat Berjaya.
JOB REQUIREMENT
Nationality Preferred     All Nationalities
Gender Preferred     Male Only
Language Required     English | Bahasa Malaysia
Own Transport     Motorcycle
Experience Level     1-3 years
Minimum Education Required     Minimum SPM / Certificate / Diploma / Degree In Graphics, Multimedia (any related fields)
Location     Selangor
Deadline     29 Jan 2018

Kongsi Iklan Jawatan Kosong Online kepada rakan anda!

Portal Jawatan Kosong 2017