Jawatan Kosong Di Majlis Agama Islam Kelantan

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia [keutamaan kepada peranakan Negeri Kelantan] yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.
Bil
Jawatan
Gred
 1.
Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (Imam Muda Masjid Bandar/Jajahan)
Gred S27
 2.
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
Gred N17
 3.
Pembantu Hal Ehwal Islam (Bilal Masjid Bandar/Jajahan)
Gred S17
 4.
Pembantu Hal Ehwal Islam (Siak Masjid Bandar/Jajahan)
Gred S17
Gaji Permulaan
Gaji permulaan yang lebih tinggi diatas boleh ditetapkan oleh pihak MAIK berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.
Umur Pada Tarikh Tutup Iklan Jawatan
i.      Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
ii.     Pegawai sedang berkhidmat yang layak dibawah Peningkatan Secara Lantikan hendaklah berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 tahun atau 56 tahun.   
 
Cara Memohon
i.      Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (MUI)Kn, 1/93 yang boleh didapati dengan melayari Portal Rasmi MAIK http://www.e-maik.my  atau dengan mengemukakan sampul surat berukuran 10sm x 23 sm yang beralamat sendiri serta berstem 50 sen atau mengambil sendiri di Bahagian Khidmat Pengurusan, Tingkat 1, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
ii.     Permohonan dari pegawai sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan berserta Laporan Penilaian Prestasi Tahun 2013 / terkini dan kenyataan perkhidmatan yang kemaskini.
iii.     Salinan sah sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, surat beranak serta surat berkaitan bersama gambar berukuran passport dan sampul berstem yang beralamat sendiri hendaklah dikembarkan bersama borang permohonan.
iv.    Permohonan yang tidak mengikut peraturan dan lewat diterima tidak akan dilayan.  
Alamat Permohonan
Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:
YABhg. Dato’ Timbalan Yang Dipertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Islam Darulnaim,
Lundang,
15200 Kota Bharu.

Tarikh Tutup Permohonan : 06 Mac 2014

Kongsi Iklan Jawatan Kosong Online kepada rakan anda!

Portal Jawatan Kosong 2017