Guru Tadika

JOB DESCRIPTION
ANDA INGINKAN KERJAYA YANG MENJANJIKAN KENAIKAN GAJI SETIAP TAHUN?

ANDA RASA PENAT BEKERJA SEPENUH HATI TETAPI TIDAK PERNAH DIHARGAI?

ANDA MAHUKAN AKTIVITI SOSIAL BERSAMA RAKAN SEKERJA?

ANDA INGIN MEMBERI SEHABIS BAIK TETAPI KURANG MENDAPAT SOKONGAN DARIPADA MAJIKAN?

ANDA BERIMPIAN UNTUK MENGUMPUL PENGALAMAN DAHULU DAN KEMUDIAN MEMENUHI POTENSI DIRI DENGAN MENGUSAHAKAN BISNES SENDIRI ATAU SECARA USAHA SAMA?

Di Cleverland Edutainment Sdn. Bhd., berikan kualiti kerja anda 100% dan kami akan berikan 100% dalam memberikan yang terbaik buat anda.

SYARATNYA?
– Anda sabar dan minat melayan karenah anak-anak kecil
– Jujur, ikhlas dan usaha memperbaiki diri kepada yang lebih baik setiap hari
– Berdikari, berinisiatif dan boleh bekerja dengan pengawasan minimum
– Bekerja seperti di syarikat sendiri (kerana anda sememangnya sedang dilatih untuk mempunyai perniagaan sendiri!)

KELEBIHAN YANG MENANTI ANDA?
– PAHALA dalam mendidik ahli syurga (insyaAllah tabungan pahala berterusan atas ilmu yang bermanfaat)
– Latihan dan kursus berkala in-house dan juga di luar
– EPF SOCSO SIP
– Insurans kelompok
– Imbuhan Prestasi
– Anugerah Pekerja Cemerlang
– WIFI percuma (ketika rehat)
– Rehat 2 jam (dibenarkan utk ‘power nap’)
– Makan & minum percuma ketika waktu bekerja
– Tempat tinggal (di tadika) percuma
– Aktiviti bulanan seperti rekreasi, program pembangunan diri dan kerjaya dll
– Annual Dinner, Umrah
– Bonus & Kenaikan Gaji
– Uniform
– Perantis untuk membina syarikat sendiri / usaha sama seperti tadika, taska, pusat tuisyen dll.
– Mentor berterusan oleh Principal
– Career path yang menarik (dinaikkan pangkat kepada Principal / Management Team / R&D / Trainer dll)

REALITI PEKERJAAN GURU TADIKA?
– Hanya utk mereka yang bekerja ‘all out’ dan ‘hardcore’, bukan tempat untuk cuba-cuba
– Jadual anak-anak & guru-guru yang padat, stamina dan motivasi perlu tinggi
– Waktu kerja panjang (9 jam Isnin-Jumaat, 4 jam untuk 3 kali Sabtu)
– Pelbagai ragam berhubung dengan manusia (anak-anak, ibu bapa dll)
– Perlu kejar ‘target akademik’ anak-anak & jaga KPI
– Tugasan tambahan seperti administratif, mengemas, memasak, membeli bahan utk aktiviti itu rutin
– Bukan karier untuk glamer, tetapi sangat ‘rewarding’ dan memberi kepuasan
– Bermula dengan bawah, tetapi jika beri diri anda masa, bersungguh dan sabar, potensi untuk kaya dan berjaya sangat tinggi

ANDA BERSEDIA UNTUK SATU KERJAYA YANG MENCABAR TETAPI SANGAT MEMUASKAN DAN MEMBERI IMPAK PADA MASA DEPAN ORANG LAIN? Jom bantu kami membina tadika terbaik di Malaysia dan kami akan bantu anda mencapai cita-cita anda!

Hantar resume anda segera! WHATSAPP resume anda ke 017-6184516 atau E-MEL ke [email protected]
JOB REQUIREMENT
Nationality Preferred Malaysians Only
Gender Preferred Female Only
Language Required English | Bahasa Malaysia
Own Transport Motorcycle
Experience Level Any
Minimum Education Required SPM, Diploma in Early Childhood Education is an advantage
Location Selangor