Tips Dalam Memilih Kerjaya

Memilih kerjaya adalahsatu hal yang kriktikal yang perlu anda lakukan sejak berada di bangku sekolah menengah lagi. Inilah satu tempoh di mana anda akan membuat keputusan ke manakah hala tuju hidup anda dalam memberi manfaat kepada masyarakat dan pada masa yang sama anda menjana ekonomi untuk membantu kelangsungan hidup.

Jika anda sudah melalui tempoh zaman study, dan sekarang sudah menganjak usia lebih dari 25 tahun, masih belum terlambat untuk anda menata kerjaya pilihan anda. Ada orang sanggup bertukar kerja dek kerana melihat tawaran kerja kosong yang lebih baik. Tidak di nafikan hari lambakan jawatan kosong di sediakan untuk ramai orang. Namun begitu, tidak semua kerja kosong yang ada itu menepati keinginan semua orang,bukan?

iklan kerja 2017

Berbalik kepada memilih kerjaya dalam hidup, bagaimanakah caranya untuk anda memilih kerjaya yang sesuai untuk diri anda? Di manakah point awal untuk anda bermula?

Pertama, ia bermula dari diri anda sendiri. Tanyakan kepada diri apakah minat yang anda ada sekarang? Sebagai contoh, ada orang yang semasa berada di university, mereka mengambil kursus undang-undang. Namun apabila masuk dalam alam pekerjaan, mereka rasakan minat dalam melakukan kerja tidaklah begitu kuat.

Namun apabila mereka melakukan kerja lain seperti melukis, ia menjadi satu aktiviti yang sangat membahagiakan. Jadi, mengapa tidak memilih untuk menjadikan pelukis sebagai satu kerjaya pilihan? Pilihan kerjaya ini boleh di lihat melalui kecenderungan diri sendiri terhadap sesuatu. Ada orang suka dengan memasak, maka mereka pilih untuk mengambil kursus kulinari dan menjdi seorang ched mungkin di hotel atau restaurant. Ada juga yang gemar dengan kereta, dan belajar cara untuk membaiki kereta.
Di sini, anda bukan sahaja dapat menjana ekonomi malah dapat melakukan kerja dengan rasa gembira kerana minat yang di tukar kepada kerjaya pasti akan membuatkan seseorang itu merasa lebih bahagia.

kerja kosong perkeso 2017

Kedua, bertanyakan kepada keluarga. Anda mungkin tidak dapat mencari kecenderungan anda sendiri namun keluarga dapat melihatnya. Oleh itu, jika anda keliru untuk memilih kerjaya mana yang sesuai dengan diri anda, anda bolehlah bertanyakan hal ini kepada orang tua dan juga adik-beradik.

Terakhir, berjumpa dengan pakar kerjaya. Cara ini juga dapat membantu anda dalam membuat keputusan untuk memilih kerjaya mana yang sesuai dengan diri anda. Pakar kerjaya biasanya mempunyai cara yang tersendiri untuk mencungkil minat anda. Setelah itu, akan ada beberapa cadangan yang akan di berikan buat anda mengikut minat anda tersebut.

Penutup :
Sebenarnya memilih kerjaya untuk diri tidaklah terlalu sukar bukan? Yang sukar adalah dalam membuat keputusan. Pastikan kerjaya pilihan anda bukanlah atas dasar paksaan orang ramai. Layari Jawatan Kosong Online untuk mendapatkan senarai jawatan kosong terkini. Pilihlah ia atas dasar minat anda!

 

Kongsi Iklan Jawatan Kosong Online kepada rakan anda!

Portal Jawatan Kosong 2017