Macam Mana Nak Jadi Juruterbang?

Memiliki kerjaya untuk terbang di awan biru merupakan satu perkara yang sangat di banggakan  dan di dambakan oleh ramai anak muda apalagi yang berusia belasan tahun. Dapat menerbangkan pesawat sebesar alam dengan teknologi yang canggih ia merupakan satu kerjaya yang biasanya di sandang oleh mereka yang sangat cemerlang dalam segala hal.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, apakah caranya untuk menjadi seorang juruterbang? Adakah dunia penerbangan ini menjanjikan banyak kerja kosong kepada mereka yang sudah mempunyai sayap terbang? Bagaimana mula pula jika kita mahu tahu tentang tawaran kerja kosong yang di keluarkan oleh syarikat penerbangan?

Sebenarnya, setelah anda mempunyai lessen penerbangan dari jenis ATPL, anda boleh menerbangkan pesawat dan mendapat bayaran, namun jika anda hanya mempunyai lessen dari jenis PPL, anda tidak di benarkan menerima bayaran upah kerana menerbangkan pesawat. Itu adalah syarat awal yang perlu anda tahu.

juruterbang air asia 2017

Baiklah, bagaimana untuk bermula? Artikel ini hanya memberi penerangan ringkas kepada anda tentang bagaimana untuk menjadi juruterbang bagi syarikat airlines seperti MAS, Air Asia dan Singapore Airlines. Jika anda merupakan calon SPM yang sudah mempunyai kelulusan rasmi, sila gunakan slip SPM anda itu untuk memohon kemasukan sebagai kadet pilot melalui Air Asia atau syarikat MAS. Biasanya anda perlu mendapat skor A untuk subjek BI, Matematik, Fizik dan 2 subjek lain. Itu sudah OK untuk memohon sebagai kadet pilot.

Lihat iklan yang di keluarkan oleh kedua-dua syarikat untuk sesi kemasukan. Layari flylah.com untuk tahu details temuduga dan tips menjawab soalan peperiksaan. Kadet pilot biasanya akan menerima kemasukan terus sebagai juruterbang di syarikat masing-masing.

Bagaimana pula jika anda tidak menyertai kadet pilot mana-mana syarikat penerbangan dan mendapat lessen bertauliah secara sendiri? Maksudnya di sini, kos belajar di akademik penerbangan anda tanggung sendiri sama ada melalui duit poket ibu dan ayah atau melalui loan MARA dan sebagainya. Jika sudah mempunyai lessen penerbangan,  cuba untuk mohon sebagai pembantu juruterbang di mana-mana syarikat penerbangan di Air Asia atau Malindo sebagai contoh. Anda boleh lihat iklan tawaran kerja kosong di laman web rasmi rasmi syarikat tersebut.

Seperti interview kerja kosong yang lain, anda juga akan di panggil untuk sesi temuduga setelah permohonan anda di terima.

OK, itu sahaja langkah basic untuk anda mula melangkah masuk ke dunia penerbangan. Pastikan anda mempunyai ketinggian minima 165 cm dan punya kondisi kesihatan yang baik untuk menjadi seorang juruterbang.

Kongsi Iklan Jawatan Kosong Online kepada rakan anda!

Portal Jawatan Kosong 2017