Kesalahan Besar Yang Perlu Anda Elak Sewaktu Interview

Mencari kerja kosong, menyediakan resume dan maklumat diri adalah antara perkara yang sering di lakukan oleh mereka baru sahaja bergelar graduan.seterusnya, mereka akan berdepan pula dengan sesi interview bersama dengan calon majikan.

Sesi interview ialah satu sesi kriktikal yang perlu di lalui seseorang calon bagi mendapatkan tempat di syarikat pilihan masing-masing. Mereka mungkin sudah mempunyai review yang bagus, komunikasi yang berkesan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Namun begitu, ada juga di kalangan mereka yang melakukan beberapa kesalahan semasa sesi interview berjalan.

Melalui artikel ini, anda akan di kongsikan tentang beberapa perkara untuk anda elakkan semasa sesi interview berjalan. Maka selepas ini, anda bukan sahaja perlu sibuk untuk mencari peluang jawatan kosong di internet malah di mana-mana sahaja, namun usahakan juga untuk sibukkan diri  untuk berdisiplin bagi mengelakkan beberapa hal yang tidak di ingini berlaku semasa di interview nanti.

1 ) Tidak senyum
Mungkin anda akan merasa tegang, bimbang dan rasa gugup ketika berdepan dengan mereka yang akan interview anda. Maka secara tidak sedar anda tidak melemparkan senyuman buat mereka walaupun untuk sekali sahaja. Ini adalah kesilapan yang paling banyak di lakukan oleh ramai calon pekerja. Jika tawaran kerja kosong yang anda baca memerlukan calon yang mesra, maka calon yang hadir tanpa memberi senyuman akan di tafsir sebagai tidak mesra oleh bakal majikan.

tips interview kerja 2017

2 ) Reaksi wajah
Ini juga sangat penting dalam menzahirkan apa yang ada dalam hati. Anda datang dengan rasa penuh minat untuk bekerja di syarikat tersebut. Namun begitu wajah dan reaksi muka tidak menggambarkan sedemikina. Anda mungkin punya wajah yang tegas dan mencuka. Ini juga akan memberi tanggapan kepada mereka bahawa anda tidak berminat dengan kerja yang di pohon. Oleh itu, latih diri agar anda dapat menunjuk reaksi tenang,berminat dengan posisi kerja anda. Di sini anak mata juga memainkan peranan.
Bercakaplah sambil mata anda sekali sekala memandang anak mata penginterview secara tepat. Ini juga membuktikan anda sangat bersungguh dengan minat anda untuk bekerja di bawah mereka.

3 ) Kedudukan dan posisi diri
Duduklah di kerusi dengan badan yang tegap dan selesa. Jika anda tidak selesa, ia dapat di lihat dengan jelas oleh mata penginterview.

Sekali sekala gunakanlah pergerakan badan juga untuk menunjukkan bahawa anda berminat dengan sesi interview tersebut. Apabila anda positif dan penuh tenaga, mereka yang menginterview juga akan merasa seronok ketika menemubual anda.

OKlah, itu dia 3 kesilapan yang anda perlu beri perhatian ketika menghadiri sesi interview nanti. Lakukanlah latihan di rumah agar anda akan lebih bersedia di hari interview kelak.

Kongsi Iklan Jawatan Kosong Online kepada rakan anda!

Portal Jawatan Kosong 2017