Kerja Kosong Di PERKESO

PERKESO ditubuhkan pada 1971 bagi menguatkuasa, mentadbir dan melaksana Akta Keselamatan Sosial pekerja 1969 dan Peraturan–Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971. Perlindungan yang disediakan oleh PERKESO termasuklah rawatan perubatan pembayaran faedah hilang upaya sementara dan kekal serta pemulihan. Melalui 46 buah cawangan di seluruh Negara, PERKESO sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan melalui maklumat yang tepat dan cepat serta sentiasa memelihara hubungan yang baik dengan pekerja dan majikan. Sejajar dengan misi dan visi PERKESO kami menjemput mereka yang berminat untuk menyertai kami sebagai :-

 

 

i.      Pegawai Perubatan Gred 27

 

ii.     Pegawai Perubatan Gred 26

 

 

Cara Memohon :

 

 

1.       Pemohon dikehendaki mengisi Borang PKS (T) 70 yang boleh didapati dari mana-mana cawangan PERKESO di seluruh negara ataupun melayari laman Web PERKESO di www.perkeso.gov.my untuk memuat turun borang permohonan.

 

 

2.       Pemohon daripada pekhidmat awam/Badan Berkanun hendaklah mengemukakan salinan rekod perkhidmatan dan laporan prestasi tahunan yang dikemukakan melalui Ketua Jabatan dan pengesahan majikan (testimonial) bagi permohonan dari sektor swasta.

 

 

3.       Permohonan hendaklah dihantar melalui pos dengan menyertakan butir-butir peribadi (resume), salinan kelayakan akademik dan maklumat maklumat lain yang berkaitan yang telah disahkan, gaji terkini berserta salinan slip gaji yang disahkan dan gambar berukuran passport ke alamat di bawah sebelum atau pada 15.7.2013 (Isnin).

 

 

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

 

Menara Perkeso

 

Tingkat 10, Bahagian Sumber Manusia,

 

281, Jalan Ampang,

 

50538 Kuala Lumpur.

 

 

Tarikh Tutup Permohonan : 15 Julai 2013 (Isnin)

 

 

[BORANG PERMOHONAN]

Kongsi Iklan Jawatan Kosong Online kepada rakan anda!

Portal Jawatan Kosong 2017