Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Terengganu

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan sahaja bagi memenuhi jawatan di SUKTRA Terengganu seperti berikut :-

1. JAWATAN : PEREKA (TARI) (KONTRAK)
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana (Bersepadu)
Gred : GRED B27
Gaji Permulaan : RM2,195.19
Syarat Lantikan
a) Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
b) Mempunyai bakat, kebolehan, pengalaman dan daya kreativiti yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang seni reka (tarian)

2. JAWATAN : AHLI MUZIK (GITAR & BASS) (KONTRAK)
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana (Bersepadu)
Gred : GRED B17
Gaji Permulaan : RM1,342.38
Syarat Lantikan
a) Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
b) Mempunyai bakat, kebolehan dan pengalaman dalam bidang yang berkaitan

CARA – CARA MEMOHON

a) Pemohon hendaklah mengemukakan surat bertulis (resume)

b) Setiap permohonan hendaklah lengkap dengan disertakan dokumen yang diperakui sah sebagai salinan sebenar seperti berikut :-

i) Sijil Kelahiran atau Kad Pengenalan;
ii) Kelulusan Pelajaran;
iii) Lain – lain sijil dan dokumen yang berkaitan, jika ada.

Hanya permohonan yang layak selepas tapisan sahaja dipanggil untuk temuduga.

Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggapkan mereka tidak berjaya.

Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat :-

Pengurus SUKTRA TERENGGANU
Tingkat Bawah ( Pintu Utara )
Bangunan Stadium Tertutup
Kompleks Sukan Negeri Terengganu
21200 Kuala Terengganu

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 10 SEPTEMBER 2013

Kongsi Iklan Jawatan Kosong Online kepada rakan anda!

Portal Jawatan Kosong 2017