Jawatan Kosong Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia 2013

IKLAN JAWATAN KOSONG SECARA SAMBILAN JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN MALAYSIA

(a) Jawatan : Penolong Pegawai Teknologi Maklumat 
(b) Bilangan Kekosongan : 1
(c) Klasifikasi Perkhidmatan : Pekerja Sambilan Harian (PSH)
(d) Jadual Gaji : RM 54.00 sehari
(e) Syarat-syarat seperti :

i) Warganegara Malaysia;
ii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun;
iii) Diploma dalam bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU
iv) Diploma dalam bidang Kejuruteraan Elektronik (Komputer) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; DAN v) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(f) Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan dan berpengalaman dalam :
a) .NET
b) Microsoft SQL Server
(g) Senarai tugas :
1) Merekabentuk dan membangunkan sistem mengikut spesifikasi keperluan dan menjalankan pengujian sistem
2) Menyediakan dokumentasi sistem.
3) Menjalankan penambahbaikan dan penyelengaraan kepada sistem-sistem sediada.
4) Memberi bantuan teknikal dan latihan yang diperlukan oleh pengguna.

Cara memohon
Kepada sesiapa yang berminat,sila hantar permohonan ke alamat di bawah beserta resume bergambar, salinan sijil-sijil berkaitan, dan surat iringan dengan menyatakan jawatan yang dipohon. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.
Hantarkan permohonan di alamat tersebut:

Ketua Pengarah,
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Aras 4, Blok D3, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Wilayah Persekutuan Putrajaya
(u.p: Puan Fathiah binti Imaludden / Encik Johari bin Rahmat)

Tarikh Tutup Permohonan: 31 Mac 2013

Catatan Am :
Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Keutamaan akan diberikan kepada calon tempatan iaitu Wilayah Persekutuan Putrajaya dan kawasan sekitarnya.
Sekian, terima kasih

Kongsi Iklan Jawatan Kosong Online kepada rakan anda!

Portal Jawatan Kosong 2017