Jawatan Kosong Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) 2016

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) November 2016 seperti berikut:-

1. PEMBANTU TADBIR (P/O) PENERBITAN N19
2. PEMBANTU TADBIR (P/O) PEREKA N19
3. PENOLONG PEGAWAI TADBIR PENTADBIRAN & KEWANGAN N19
4. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29
5. PENOLONG PEGAWAI TADBIR PSIKOLOGI & KAUNSELING N29

PERINGATAN PENTING!
-Permohonan hanya dapat dibuat sekiranya gambar telah dimuat naik.
-Pemohon perlu menekan butang Pohon dan notifikasi emel bertajuk ‘Permohonan bagi jawatan ’ akan dihantar ke emel pemohon.
-Pemohon perlu pastikan semua maklumat yang diperlukan telah dikemaskini.
-Penyemakan status permohonan terkini boleh diperolehi dari menu Sejarah Permohonan.

MARDI ditubuhkan dengan objektif utama untuk menjana dan mempromosi teknologi baru, wajar dan efisyen untuk kemajuan industri makanan, pertanian dan industri asas tani.

Akta MARDI 1969 telah membawa kepada penubuhan MARDI pada 28 Oktober 1969. MARDI telah beroperasi sepenuhnya pada tahun 1971.

MARDI diurus dan dipandu mengikut dasar dan peraturan yang diputuskan Lembaga Pengelola MARDI dengan persetujuan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani. Bagi perkara berkaitan kewangan, persetujuan Menteri Kewangan turut diperlukan.

Majlis Sains MARDI pula memastikan program teknikal MARDI mencapai tahap kualiti dan keberkesanan yang maksimum.

Tarikh Tutup Permohonan adalah 07 November 2016

Klik disini untuk memohon.

Kongsi Iklan Jawatan Kosong Online kepada rakan anda!

Portal Jawatan Kosong 2017