Jawatan Kosong Eksekutif Teknologi Maklumat & Multimedia Utusan Karya Sdn Bhd

Utusan Karya Sdn Bhd Sebuah syarikat penerbitan majalah, anak syarikat milik penuh Utusan Melayu (M) Bhd mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon jawatan seperti berikut:

1. Eksekutif Teknologi Maklumat & Multimedia

Minimum Diploma dalam bidang Teknologi Multimedia / Teknologi Maklumat daripada institusi pengajian tinggi tempatan  atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Berkebolehan untuk membina  laman web (WordPress & Joomla).
Berkebolehan menyunting foto, video & audio (Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Adobe After Effects, Adobe Premiere, Sony Vegas Pro).
Mampu mengurus pangkalan data menggunakan perisian Microsoft Excel.
Berpengetahuan dalam bidang media digital, media grafik dan yang berkaitan.
Berminat untuk belajar kemahiran baru.
Boleh melakukan kerja secara berkumpulan, berdikari, dan mampu untuk melaksanakan pelbagai tugas dalam satu masa mengikut tarikh akhir yang ditetapkan.

*Setiap calon harus menyertakan URL portfolio online untuk kerja-kerja yang pernah dilakukan atau apa sahaja yang berkaitan jika ada.

Cara memohon: Calon-calon yang berminat boleh menghantar permohonan beserta satu salinan kad pengenalan,
salinan sijil-sijil akedamik dan lain-lain dokumen berserta resume lengkap melalui emel ke nurul.azahar@utusankarya.com.my

atau

secara pos ke alamat berikut:

Unit Sumber Manusia Utusan Karya Sdn Bhd Kompleks Sri Utusan Lot 6,
Jalan P/10, Kawasan Perusahaan Bangi Seksyen 10,
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan.

Sila nyatakan jawatan yang dipohon pada bahagian kiri atas sampul surat. Hanya pemohon yang disenarai pendek akan dipanggil temuduga.

Kongsi Iklan Jawatan Kosong Online kepada rakan anda!

Portal Jawatan Kosong 2017