Jawatan bagi guru tuisyen (sepenuh masa sahaja)

JOB DESCRIPTION
Kekosongan jawatan di PUSAT TUISYEN IDEA UNGGUL cawangan Putra Kajang. Terbuka kepada calon lepasan Diploma/Ijazah yang mempunyai kemahiran mengajar bagi kekosongan jawatan untuk subjek berikut :-

1. Fizik
2. Kimia
3. Matematik Tambahan
4. Sains (Rendah & Menengah)

Kriteria yang dicari:

1. Terbuka kepada lelaki SAHAJA. (Bujang/Berkahwin)
2. Berumur tidak lebih dari 35 tahun.
3. TIDAK MEROKOK.
4. BOLEH MENDENGAR ARAHAN DENGAN BAIK
5.Rajin dan pantas bekerja.
6. Boleh datang OT jika diperlukan.
7. Boleh mengendalikan sesi ‘Mock-Teaching’ apabila dipanggil untuk temuduga.
8. Boleh bekerja untuk 2 tahun.

Waktu Bekerja:

Musim Cuti Sekolah:-
Isnin – Jumaat: 7.45 pagi – 5.15 petang
Sabtu & Ahad : Cuti

Selain Musim Cuti Sekolah:-
Isnin & Selasa : Cuti
Rabu & Khamis : 12.00 tengah hari – 10.00 malam
Jumaat : 2.45 petang – 10.00 malam
Sabtu : 2.00 petang – 10.00 malam
Ahad : 7.45 pagi – 5.15 petang

Calon yang berjaya dalam sesi temuduga dan ‘Mock-Teaching’ akan menjalani tempoh ‘probation’ selama 3 bulan dan WAJIB boleh mengajar sekurang-kurangnya 3 subjek. Calon akan diberikan gaji RM 1,600. Pecahan gaji adalah seperti berikut :-

Gaji pokok : RM 1,000
Elaun kedatangan (EKD) : RM 400
Imbuhan kehadiran (IK) : *RM 200

*IK hanya layak diberikan kepada guru sekiranya mempunyai rekod kedatangan penuh tanpa sebarang ‘emergency leave’ atau lewat melebihi 3 kali sebulan.

Calon akan dinilai sepanjang tempoh ‘probation’. Sekiranya prestasi kerja memuaskan, syarikat akan mengesahkan jawatan serta menawarkan kontrak perkhidmatan selama 1 tahun dengan gaji sebanyak RM 2,050. Pecahan gaji adalah seperti berikut :-

Gaji pokok : RM 1,550
EKD : RM 300
IK : *RM 200

Saudara/i dinasihatkan untuk meneliti kembali segala maklumat dan syarat-syarat diatas bagi memastikan tiada pembaziran masa daripada mana-mana pihak. Sekiranya saudara/i telah faham dan meneliti akan syarat yang telah ditetapkan, bolehlah menghantarkan ‘resume’ ke alamat emel [email protected] Sebarang permohonan melalui ‘walk-in’ atau telefon tidak akan dilayan sama sekali.

Lokasi temuduga dan tempat kerja :-

Pusat Tuisyen Idea Unggul
No 2-G,
Jalan Putra 4
Taman Putra Kajang
43000 Kajang, Selangor.
JOB REQUIREMENT
Nationality Preferred Malaysians Only
Gender Preferred Male Only
Language Required English | Bahasa Malaysia
Own Transport Motorcycle
Experience Level < 1 year | 1-3 years Minimum Education Required Diploma/Ijazah Location Selangor

Kongsi Iklan Jawatan Kosong Online kepada rakan anda!

Portal Jawatan Kosong 2018