Guru tuisyen full time (Semenyih/putrajaya)

JOB DESCRIPTION
Guru tuisyen full time (Semenyih dan Putrajaya)
JAWATAN BAGI SEPENUH MASA SAHAJA(boleh kerja sekurang-kuangnya 2 tahun)

Waktu Kerja:
Musim Cuti sekolah:-
Isnin – Jumaat: 7.45am-5.15pm
sabtu & ahad : cuti

Bukan cuti sekolah:-
Rabu, Khamis : 12.00 tgh – 10.00 malam
Jumaat : 2.45 ptg – 10.00 malam
Sabtu : 2.00 ptg – 10.00 malam
Ahad : 7.30 pagi – 5.15 petang
Isnin & Selasa: Cuti

GURU TUISYEN TERBUKA KEPADA:

Calon lepasan Diploma/ Degree yang mempunyai kemahiran mengajar untuk subjek-subjek yang ditawarkan seperti berikut:

1. Guru Kimia
2. Guru Fizik
3. Guru Add Math
4. Guru Matematik Moden
5. Guru B Melayu (Khas untuk yang ada dip/degree dalam bidang bahasa/sastera/setara sahaja)
6. Guru Sejarah
7. Guru Sains
8. Guru Akaun

Calon WAJIB BOLEH MENGAJAR 2-3 subjek.

Kriteria yang dicari:

1. Terbuka kepada lelaki dan wanita MUSLIM
2. Berumur tidak lebih dari 35 tahun.
3. TIDAK MEROKOK
4. Rajin dan pantas bekerja
5. Boleh datang OT jika diperlukan
6. Boleh Mock-Teaching bila dipanggil interview

Email Resume ke: [email protected]

# Calon-calon yang dirasakan sesuai akan dipanggil untuk proses temuduga.

GAJI ?

Probation 3 bulan : RM 1400 + saguhati kecemerlangan RM 200
Sah Jawatan: RM 1850 + saguhati kecemerlangan RM 200

KETERANGAN PROSES DARI PROBATION – PENGESAHAN JAWATAN:

Bagi calon yang berjaya melepasi interview dan mock teaching, maka calon akan ditawarkan untuk menjalani probation period selama 3 bulan dengan tawaran gaji RM 1400. Pecahan gaji tersebut adalah: (pokok RM 1100+ elaun kedatangan RM 300 ).

*Sekiranya kehadiran pekerja adalah cemerlang pada bulan tersebut, maka terdapat saguhati tambahan iaitu imbuhan kehadiran bernilai RM 200 sebagai tanda penghargaan atas pencapaian kedatangan yang cemerlang.

Calon akan dinilai semasa tempoh probation. Sekiranya prestasi kerja calon amat memuaskan, maka syarikat akan mengesahkan jawatan serta menawarkan kontrak perkhidmatan 1 tahun. Dan, sekiranya hendak sambung, maka renew 1 tahun dan seterusnya.

Gaji sebaik pengesahan jawatan adalah seperti berikut:
Gaji pokok: RM 1550
Elaun kedatangan: RM 300

*Sekiranya kehadiran pekerja adalah cemerlang pada bulan tersebut, maka terdapat saguhati tambahan iaitu disebut sebagai IMBUHAN KEHADIRAN yang bernilai RM 200 sebagai tanda penghargaan atas pencapaian kedatangan yang cemerlang.

Sekiranya berminat, saudara dinasihati supaya membaca kembali sekali lagi syarat-syarat yang di atas dan fahamkan betul-betul supaya tidak membazir masa mana-mana pihak. Setelah benar-benar faham, barulah saudara/saudari memohon jawatan ini.

Lokasi Interview dan tempat kerja:

Pusat Tuisyen Idea Unggul
No 23A-1
Jalan Vista Valley 1,
Semenyih Vista Valley
43500 Semenyih, Selangor.
JOB REQUIREMENT
Nationality Preferred Malaysians Only
Gender Preferred All Genders
Language Required English | Bahasa Malaysia
Own Transport Motorcycle
Experience Level < 1 year | 1-3 years Minimum Education Required Diploma/degree Location Selangor

Kongsi Iklan Jawatan Kosong Online kepada rakan anda!

Portal Jawatan Kosong 2018